Sunday 17 January 2021

AIR TERJUN TANJUNG BATU HSK SEGARI MELINTANG

Mungkin ramai tidak mengetahui kewujudan Air Terjun Tanjung Batu di Pantai Remis, mempunyai keunikannya tersendiri.

Terletak dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang, air terjun itu dianggap 'permata tersembunyi' yang sering menjadi lokasi penduduk setempat untuk menikmati keindahan alam sekali gus melakukan aktiviti mendaki di Bukit Segari.

Namun, keindahan dimiliki air terjun dan alam semula jadi kawasan sekitarnya itu semakin lenyap apabila aktiviti kuari mula dikesan di kawasan berkenaan sejak Julai tahun lalu.

Difahamkan, aktiviti itu termasuk pembersihan hutan dilaksanakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Kgiatan itu menimbulkan kegusaran apabila pokok ditebang secara tidak terancang hingga mencacatkan keindahan landskap air terjun berkenaan.

Air terjun ini dahulu memang sangat cantik, namun semuanya telah berubah. Diharap pihak berwajib dapat melihat keadaan ini supaya alam semula jadi terus terpelihara.

Akibat kerakusan manusia yang mencari kepentingan hingga menyebabkan alam semula jadi musnah dan perkara ini perlu diambil perhatian pihak berkuasa.

Gambar:
Keadaan sekeliling kawasan Air Terjun Tanjung Batilu, Segari yang dipenuhi tanah selut – Sinar Harian.


No comments:

Post a Comment