Abu
Hurairah meriwayatkan Nabi SAW pernah bersabda: “(Pada suatu hari) ketika
seorang lelaki berada di sebuah tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu
suara dari awan, “Siramlah air (hujan) kepada kebun si fulan itu!”
Awan itu
pun bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah yang berbatu hitam. Saluran air pada tanah tersebut kemudiannya menampung semua curahan air hujan
(dan mengalirkannya ke suatu arah).
Lelaki
itu pun mengikuti air itu dan menemui seorang petani yang berdiri di kebunnya
sedang mengubah aliran air dengan cangkulnya. Lelaki itu bertanya, “Wahai hamba
Allah, siapa namamu?”
Petani
itu menjawab, “Nama saya fulan” iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya
kepadanya, “Wahai hamba Allah, mengapa anda tanyakan nama saya?”
Kata
lelaki itu, “Sebenarnya, sekejap tadi saya dengar satu suara dari awan yang
baru menurunkan air ini. Suara itu berkata, “Siramilah air pada kebun si
fulan!” menyebut nama anda. Apa yang anda buat dengan kebun ini?”
Petani
itu berkata, “Baiklah, kalau anda katakan begitu. Sebenarnya, saya selalu
perhatikan apa yang keluar dari kebun ini, lalu saya sedekahkan 1/3
daripadanya, 1/3 berikutnya saya makan bersama keluarga saya, dan 1/3 lagi saya
kembalikan (untuk modal cucuk tanam),” – (Hadis Riwayat Muslim).
Berdasarkan
hadis itu, amalan yang disukai malaikat di langit adalah sedekah! Pemilik kebun
itu dikenali para malaikat kerana sedekahnya.
No comments:
Post a Comment